Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

Wednesday, September 02, 2009

berperasaan tu buat aku penat

kosong. gelap.
aku perlu cahaya.
biar dari lilin, biar terbakar.
aku rela.
tapi aku penat.
penat mahu mencari cahaya.

Tuhan
apa aku langsung tidak punya harapan?

Hanya aku yang tahu rasanya
tidak dia. tidak sesiapa.
dan Tuhan
aku mahu sedikit lagi masa
biar semua tahu rasaku
maka seterusnya,
aku tidak lagi meminta, malah merelakan kepergianku

Tuhan,
aku cinta dia.
dan jika ketiadaanku membahagiakan dia
aku rela menjadi angin.
aku rela menjadi pasir.
dan aku rela menjadi binatang
yang dia tidak akan sekali memandang atau merasa kehadiranku.

aku PENAT menanti sesuatu yang bisu. PATUNG, terdiam. dan terus membisu.
dan yang tinggal cuma aku yang selalu berharap.
si malang yang menunggu bila waktu berputus asa.

2 sperms:

nizam baharin said...

ok i confuse ngan situasi u skg..
u baru fall in love kan?
nape mcm sedih je? hee ;p

hud hud said...

ni poem je cik abg oi xde kene mengena ngn perasaan i. haha :)) i mean like ttb ayat tu dtg. maybe dr somebody punya love story? :)

Post a Comment