Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

Saturday, October 03, 2009

jalan hidup

hari ni aku bangun lebih awal dari biasa. entah kenapa. maybe masalah masalah yang menghantui diri yang mengejutkan aku. (padahal semalam tido awal.HAHA) . aku ambik masa golek golek kejap atas tilam then baru mandi. pagi yang sejuk sebab hujan kat luar tu, but still, the same morning i ever had.

dengan rambut basah, mata yang still macam tak boleh bukak, aku on laptop, cucuk broadband. and online. approve segala hal kat myspace and facebook. perut dah berbunyi lagu keroncong, well tu pun nasib baik aku boleh terima keroncong dari zapin. haha. nasi lemak dah ada depan mata, apa lagi, heaven aku rasakan setelah berbulan bulan lama nya tak melayan nasi lemak ni. nasi lemak ni kalau layan dah macam dadah aku rasa. satu tak cukup beb. haha. dah dah merepek dah ni.

alone dalam rumah bagi aku masa untuk berfikir segala hal. pasal study, family, finance, boys, friends, and macam macam benda lagi la. aku melihat cinta dan persahabatan dari sudut berbeza. aku rasa cinta tu munafik. tapi bagi orang yang tengah bahagia, maybe dia rasa cinta tu something yang heaven. macam tu jugak orang yang positive thinking, apa benda yang diorang tengok dan dengar, semua nya ada hikmah bagi diorang.

masa aku susah, aku ingat ada sorang kawan ni, aku panggil dia pika. dia yang 'basuh' aku and advice me all things about friends. dia tanya aku mana kawan kawan aku time aku susah. aku fikir balik, memang betul apa dia kata. aku punya ramai kawan time senang, time party, time enjoy, tapi masa susah? masa menangis? aku rasa macam orang hina, macam aku melutut kat diorang nak mintak simpati. and that time i start thinking, what actually friends are for?

aku admit hidup aku sangat tunggang langgang sekarang ni. study entah ke mana. assignment tak siap. it's not the thing aku kejar dunia sangat atau apa. tapi aku dah letih hidup dalam dunia yang semua orang sangat hipokrit. orang cakap sayang aku padahal just nak jaga hati aku. macam macam aku pernah kena. still 20 tapi life experience tu macam aku dah 30. and i know there's a lot of things that i need to face in future. the most important thing is whether i'm ready or not. tu je. tapi aku ingat, Tuhan tak kan uji kita kalau kita tak mampu nak hadapi semua tu. aku tahu tu. so i'm trying, trying so hard to be a strong girl.

dan aku jugak tahu,
dalam seribu kesedihan, Tuhan pasti ciptakan satu kebahagiaan.
so aku tunggu. 2009 maybe bukan tahun yang baik untuk aku. tapi it doesn't mean yang aku menyesal dengan apa yang aku buat. macam Leo cakap, kita dah pilih jalan tu, kita tak boleh menyesal. masalah masalah yang aku hadapi ni lah yang jadi lesson untuk aku try hidup berdikari, hidup sendiri. and aku admit yang aku sangat dependent. especially if aku ada bf. ticket bas, makan minum aku banyak aku depend kat bf. tapi bila single aku kena buat semua sorang sorang. so maybe betul, single ada hikmah. hikmah nya aku belajar hidup berdikari. which is good to me.

and plus aku tengok keadaan makcik aku sekarang yang buat aku lagi bersemangat untuk teruskan hidup sendiri. makcik aku, husband dia dah kahwin lain. yang aku taw, dia bawak avanza sendiri dengan 5 orang anak dia masa balik raya hari tu. aku bayangkan macam mana dia tanggung malu if relatives tanya mana husband dia semua. dia kuat, tak pernah aku tengok dia menangis depan orang lain. tapi hati dia, masa sendiri dia, itu aku tak tahu. then aku fikir balik, if dia boleh hidup sendiri, mesti aku pun boleh jugak, even without a man. entry before ni, aku ada cakap perempuan tak boleh hidup tanpa lelaki, yeah tak boleh tapi tak mustahil. aku selalu rasa perempuan perlukan lelaki, tapi bila tengok keadaan makcik aku tu, i know it's different. perempuan boleh hidup tanpa lelaki, dengan susah payah macam mana pun, still boleh.

tapi satu benda je yang boleh buat aku betul betul happy. KIDS. dulu kalau aku sedih aku suka main dengan cousins yang still 2,3 years. but now dah jarang balik kampung. so a bit pressure sebab takde kids yang boleh aku layan. what to do? have to kahwin early la. haha. tapi aku dah plan, by the time aku get my first job, if still takde bf lagi, maybe aku nak ambik anak angkat sorang. aku nak sangat, dari sekolah aku plan benda ni. memang best layan kerenah budak budak, hilang segala masalah. aku rasa la :)

so tu je la kot benda yang aku nak merepek pagi pagi ni. terpanjang la pulak kan. saja nak kalahkan nizam. entry dia punya panjang lebar dah la takde colour colour. haha. berpinar aku baca :P if u guys ada pendapat ke apa just tekan butang comment tu ok. see u soon :)

*kalau nasi lemak tak pernah habis di makan, mesti heaven. lagi lagi if ada hot coffee :D

4 sperms:

nizam baharin said...

erkk ada gak nama i terselit en..u nak i buat entry warna-warni mcm blog hello miss helo miss ingga porenge ke? ahahah

well here's the thing..i rasa..u terlalu pk sgt..pasal love life and boyfie sgt..just go with the flow.. buat apa yg important dulu iaitu FOKUS ON ur study..heheheheh

jgn risau semua org dah ditentukan jodohnya oleh Tuhan..cuma cepat atau lambat je.. for the mean time..try to independant..cuba buat things sendiri..kalau ur auntie yg byk tanggungan pon survive..why cant u kan?..

apa pon i'll always lend u my ears if anything.. kalau nmpak i on ym tu buzz je k.. :)

hud hud said...

hahahaha ingga porenge tu apa? haha. ye la u i terlalu fikir. sbb i slalu alone. kalau ada kawan2 i tak fikir pun. eleh i nk buzz tp takut u busy dengan buah hati. buah apa? buah hati buah apa? buah hati NAK. hahahaha

NURFARHANA ABD GHAFAR said...

"Tuhan tak kan uji kita kalau kita tak mampu nak hadapi semua tu"

-emm, think dat i shuld owez remind myself about this also babe. .. thanx:)

hud hud said...

hehe no biggie babe :) its true rite :)

Post a Comment